Just one click to survey!!

Saturday, May 11, 2013

DUGAAN DEMI DUGAAN

Hari sabtu, 02 Febuari 2013, aku telah sah menjadi seorang suami kepada Nurnajwa Binti Ab Majid. segala keindahan adalah miliknya (Allah). Harini, jam 11.40pm, Jumaat, 05 Mei 2013, aku masih seorang suami kepada Nurnajwa Binti Ab Majid. Disebalik keindahan penglihatan terselit cerita kenangan perjalanan.

DUGAAN, Sememangnya banyak dugaan yang tidak terduga. Dengan kepercayaan, Allah maha kuasa. Mungkin kerana itu yang di minta. Bermulanya sebelum alam perkahwinan lagi. Ya, memang tidak pernah putus seperti arus.  Allah makbulkan doa ku, kerana aku meminta kekuatan. Maka diberinya aku dugaan yang penuh dengan cabaran. Agar aku menjadi lebih kuat atau munkin juga balasan dunia atas segala kesilapan silam ku. In sya Allah, aku mampu untuk tempuhi dengan hati yang tabah dan penuh dengan keikhlasan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa silam ku. Allah maha mengetahui. In Sya' Allah.


2 MASAALAH LELAKI YANG BIASA SEBELUM DAN SELEPAS BERKAHWIN, DAN INI PEGANGAN KU.

*KEWANGAN adalah dugaan biasa, sebenarnya ianya bukan masaalah jika kita benar-benar bersyukur atas segala pemberiannya, tetapi tidak bermaksud kita tidak perlu berbuat apa-apa. Yang pasti kita perlu berdoa, meminta padanya (Allah), dan berusaha untuk setiap apa yang kita mahukan. Is Sya' Allah. Walaupun aku belum kecapi hasrat ku. aku percaya, Allah maha mengetahui, Allah maha kuasa.

*HATI / CINTA / REZEKI / JODOH adalah ketetapan (Allah), tetapi kita punya pilihan (baik atau sebaliknya). Setiap pilihan ada jalannya, juga terselit baik dan buruknya, pokok pangkalnya adalah hati dan akal fikiran, yang pastinya kebaikan pasti dibalas dengan keindahan.. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. Maka, bersangka baik lah terhadap Allah kerana dia maha mengetahui.

Di setiap perjalanan dan dugaan dan setelah mendapatkan hidmat nasihat dari orang yang berilmu, aku dapat belajar mengenal sesuatu. mengenal erti kesabaran, mengenal erti dunia akhirat ku, mengenal keagungan Allah, mengenal segala apa yang berstatuskan keindahan dan membawa kearah kebaikan.. dengan itu, aku berharap coretan aku ini sedikit sebanyak dapat menguatkan hati kalian, dan dapat mengingatkan diri aku sendiri dengan kuasa Allah swt. Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita lakukan. amin.

Wassalam.